Tuesday, February 26, 2013

AYAM MASAK KICAP

Assalammualaikum...dinner ape semua harini? 

As a working mommy selalunyer masuk je kereta nak balik rumah otw tu otak dah start fikir apelaa nak masak.....rendang,lama sangat pulak...tomyam?suami pulak tak suka sgt ayam tak bergoreng ni...mulalah kluar satu2  macam ade slideshow pulak depan mata ni ha!! hee

Last2...kereta dah park depan kedai masih tak tau nak masak ape...masuk je kedai terpandang kicap...trus dapat idea masak ayam masak kicap je lah senang package tuk anak makan sekali...(ngelat disituuu)...huhu...nak cover masak simple sgt so me buat desert caramel pudding juga tuk dinner malam ni..



Bahan bahan yang diperlukan
500gram ayam - gaul kunyit, garam dan goreng

1 biji ubi kentang - hiris nipis dan goreng
1 labu bawang besar - hiris bulat
1 biji cili hidup merah/benggala - hiris
Daun sadri/daun bawang - hiris
Susu pekat manis
Lada hitam - tumbuk kasar

Bahan sos
Kicap lemak manis - me suke jenama kipas udang
Kicap pekat
Sos tomato
Sos tiram

Bahan tumis 
Rempah penumis: Kayu manis, bunga lawang, buah pelaga
( bahan yang dihiris2 nipis ) 
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 biji cili merah - 


Cara penyediannya :
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih biar naik bau sikit kemudian masukkan bawang merah, halia, cili merah bersama rempah penumis sehinnga garing dan naik bau.

2. Masukkan kicap pekat, kicap manis, sos tomato dan sos tiram. Kacau hingga sebati. Masukkan sedikit air.


3. Setelah agak mendidih..masukkan pula susu pekat (yang ni me tak masukkan tak sedar
susu dah habis pulak), serbuk lada hitam yang dah ditumbuk tadi, bawang besar dan cili merah.

4. Akhir sekali masukkan ayam bersama ubi kentang yang dah digoreng. Gaul gaulkan sekali seketika sebelum dimatikan api.  Sebelum hidang bolehlah taburkan sedikit daun bawang san sadri kalau ade..


Selamat mencube...


*I am so happy tgk kawan2 yang dah cuba resepi char kueh teow penang, post n tag me at instagram and fb...proud of u guys...love u peeps! nite...resepi caramel pudding will post later k..

Sunday, February 24, 2013

CHAR KUEH TEOW PENANG


Assalamulaikum...since this is my first entry so dah fikir nak share the most fastest n delicious (non-rice) recipe...which is....tadaaaaaaa...my fav Char Kueh Toew yo ;)


Untuk masak Char Kueh Teow ni ade few tips; First, kite buat pes xtra2 sikit boleh simpan dalam fridge so lain2 kali nak masak kite tinggal gune je. Second; masak die kena cepat proses keselurahan dalam 3-4 minit sahaja n api kena besar.

Bahan A (Pes Kueh Teow)
100 gm udang
150ml air
2 ulas bawang putih di ketuk (nak lagi best mesin atau tumbuk lumat )
3 sb sos tiram
2 sk kicap pekat
2 sb kicap manis
2 sb pati ikan bilis / pati udang
1 sk garam
1 sk gula

Bahan Dimakan Bersama

150 gm kuey teow
1 sb cili boh
Sedikit kerang
sedikit kucai & taugeh
1 biji telur


Penyediannya:
1. Mula-mula kite siapkan pes terlebih dahulu. Rebus udang hingga hampir masak, angkat udang dan toskan airnyer. Air udang jangan buang sebab kita nak gunakan nanti.

2. Campurkan semua bahan untuk pes kueh teow (Bahan A) bersama dengan air rebusan udang ~ Reneh hingga menjadi kicap/pes yang agak pekat. Matikan api biarkan pes sejuk. Boleh lah nak simpan dalam peti sejuk selebihnyer nanti.

3. Setelah pes siap bolehla kite mulakan masakan. Tumis cili boh hingga garing kemudian masukkan dalam 4sb pes, udang yang direbus tadi dan kerang. Lebihkan air untuk lebih kuah.
Untuk stage ni kena buat dengan pantas taw, bila mula mendidih masukkan kueh teow, taugeh, kucai dan kacau rata. Pecahkan telur kacau agak sedikit pekat segera matikan api. Jangan sampai kuah kering ye..

Selamat mencube..