Sunday, February 24, 2013

CHAR KUEH TEOW PENANG


Assalamulaikum...since this is my first entry so dah fikir nak share the most fastest n delicious (non-rice) recipe...which is....tadaaaaaaa...my fav Char Kueh Toew yo ;)


Untuk masak Char Kueh Teow ni ade few tips; First, kite buat pes xtra2 sikit boleh simpan dalam fridge so lain2 kali nak masak kite tinggal gune je. Second; masak die kena cepat proses keselurahan dalam 3-4 minit sahaja n api kena besar.

Bahan A (Pes Kueh Teow)
100 gm udang
150ml air
2 ulas bawang putih di ketuk (nak lagi best mesin atau tumbuk lumat )
3 sb sos tiram
2 sk kicap pekat
2 sb kicap manis
2 sb pati ikan bilis / pati udang
1 sk garam
1 sk gula

Bahan Dimakan Bersama

150 gm kuey teow
1 sb cili boh
Sedikit kerang
sedikit kucai & taugeh
1 biji telur


Penyediannya:
1. Mula-mula kite siapkan pes terlebih dahulu. Rebus udang hingga hampir masak, angkat udang dan toskan airnyer. Air udang jangan buang sebab kita nak gunakan nanti.

2. Campurkan semua bahan untuk pes kueh teow (Bahan A) bersama dengan air rebusan udang ~ Reneh hingga menjadi kicap/pes yang agak pekat. Matikan api biarkan pes sejuk. Boleh lah nak simpan dalam peti sejuk selebihnyer nanti.

3. Setelah pes siap bolehla kite mulakan masakan. Tumis cili boh hingga garing kemudian masukkan dalam 4sb pes, udang yang direbus tadi dan kerang. Lebihkan air untuk lebih kuah.
Untuk stage ni kena buat dengan pantas taw, bila mula mendidih masukkan kueh teow, taugeh, kucai dan kacau rata. Pecahkan telur kacau agak sedikit pekat segera matikan api. Jangan sampai kuah kering ye..

Selamat mencube..

5 comments: